Photobucket

Rabu, 09 Maret 2011

Himpunan Hadith-hadith dari kitab Bimbingan Mukmin

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اَكْثِرُوا مِنْ ذِلْرِهَا ذِمِ اللَّذَّاتِ
Perbanyakkan lah mengingati-ingat tentang perkara-perkara
yang menghapuskan kelazatan ( yakni kematian )

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اَكْثِرُوا مِنْ ذِكْرِ الْمَوْتِ فَاِنَّهُ يُمَحِّصُ الذُّنُوبَ
وَيُزَهِّدُ فِى الدُّنْيَا
Perbanyakkanlah mengintati mati, kerana yang demikian itu
akan mengurangkan seseorang itu melakukan dosa
dan menjadikannya berzuhud dalam urusan dunia

قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ
شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ ،وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ
وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ ،وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ
وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ
Rebutlah lima sebelum lima
Masa muda sebelum tiba masa tua, masa sihat sebelum masa sakit
Masa kaya sebelum masa miskin, masa lapang sebelum masa sibuk
dan masa hidup sebelum tiba masa kematian.


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا تَسُبُّوا الأمْوَاتَ فَإِنَّهُمْ قَدْ أَفْضَوا إِلَى مَاقَدَّمُوا
Janganlah mencaci-maki orang-orang yang sudah mati
sebab mereka itu telah menyerahkan apa-apa yang mereka lakukan,
yakni sudah tutup kira-kiranya.


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
إِذَا أَصْبَحْتَ فَلا تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ
فَلا تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ وَخُذْ مِنْ حَيَاتِكَ لِمَوْتِكَ
وَمِنْ صِحَّتِكَ لِسَقَمِكَ
Telah bersabda Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Umar
"Apabila engkau bangun pagi, janganlah engkau tunggu sehingga ke petang
dan apabila engkau berada diwaktu petang , jangan pula tunggun waktu pagi
Sediakanlah bekal hidupmu dari sekarang untuk matimu kemudian hari
dan ambillah kesempatan masa sihatmu sekarang untuk masa sakitmu


قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا يَمُوتُ لأحَدٍ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ ثَلاثَةٌ مِنَ الْوَلَدِ
فَيَحْتَسِبَهُمْ إِلا كَـانُوا لَهُ جُنَّةً مِنَ النَّارِ
فَقَالَتْ إِمْرَاَةٌ أَوِ اثْنِانِ يَا رَسُولَ الله
قَالَ أَوِ اثْنَانِ
Tidak ada seorangpun dari kaum Muslimin yang kematian
tiga orang anak-anaknya, sedangkan hatinya cekal untuk
menyerahkan musibah itu kepada takdir Allah,
nescaya anak-anak itulah akan menjadi perisai
untuk menahan dirinya dari api neraka.
Berkata seorang perempuan : "Atau dua orang saja ya Rasulullah
Jawab baginda : "Atau dua orang saja."



قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
لا تَزُولُ قَدَ مَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَّى يُسْأَلُ عَنْ أَرْبَعِ
خِصَالٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ
وَعَنْ ثَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلاهُ
وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ
وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ
Rasulullah s.a.w. telah bersabda :
"Kedua kiki anak Adam itu akan tetap berdiri di hadapan Tuhannya
pada hari Kiamat sehingga selesai ditanya tentang empat perkara
tentang umurnya , untuk apa dihabiskan
tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan
tentang hartanya, dari mana diperolehi dan untuk apa dibelanjakan
tentang ilmunya apa yang sudah dibuat dengannya




قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
تَفَكَّرُوا فِى خَلْقِ الله وَلا تَفَكَّرُوا فِى الله
Rasulullah s.a.w. bersabda :
Fikirkanlah apa yang diciptakan Allah
jangan fikir tentang zat Allah



قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
إِنِّى لأ سْتَغْفِرُ اللهَ تَعَالى وِاَتُوبُ اِّلَيْهِ فِى الْيَومِ مَائَةَ مَرَّةٍ
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Sesungguhnya aku memohon keampunan dari Allah Taala
dan bertaubat kepadaNya dalam sehari sebanyak seratus kali



قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
إِنَّ الصِّدْقَ يَهْدِىْ إِلَى الْبِرِّ وَالْبِرَّ يَهْدِى إِلَى الْجَنَّةِ
وَاِنَّ الرَّجُلَ لَيَصْدُقُ حَتّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ صِدِّيْقًا
وَاِنَّ اكْلَذِبَ يَهْدِى إِلَى الْفُجُورِ وَالْفُجُورَ يَهْدِى إِلَى النَّارِ
وَاِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُ حَتّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللهِ كَذَّابًا
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebajikan
dan kebajikan itu membawa ke syurga
Dan sesungguhnya seseorang akan berkata benar hingga ia ditulis
disisi Allah sebagai orang yang benar.
Sesungguhnya dusta itu membawa kedurjanaan
dan kdurjanaan membawa ke neraka.
Dan sesungguhnya seseorang itu akan berkata dusta
sehingga ia ditulis di sisi Allah sebagai pendusta.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Best Buy Printable Coupons